9 jenis syaitan…
Razlynn
Date: Friday, 22 December, 2006 12:26 PM
Subject: 9 jenis anak syaitan
Message: 9 Jenis Anak Syaitan
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat
9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai
supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-
barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang
mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A’awan - Menghasut
sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai
kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki
botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth:
disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan
ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini
tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut
manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumah tangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was
dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang
Majusi yang menyembah api/matahari